Lazada mengadakan Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12, mulai 12 hingga 14 Disember dengan potongan harga sehingga 90 peratus.
Melalui Crazy Deals, kempen berkenaan menawarkan produk pada harga serendah 12 sen dan RM12.12.
Semasa Jualan 12.12, LazMall akan menampilkan Crazy Brand Mega Offer dengan diskaun sehingga 80 peratus bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 12 Disember nanti.
Selain itu, dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pula, 100 pembayaran pertama yang berjaya akan menikmati ganjaran pulangan tunai sebanyak 1,000 LazCoins dengan pembelian minimum RM300.
Untuk maklumat lanjut, layari lazada.com.my/
Post a Comment